
Aku ni bujang lagi. Pernah la ada awek suatu masa dulu. Tapi semuanya tak tahan lama. Paling lama 2 tahun. Dan pernah gak bertunang, tak sampai pun setahun. Lepas ni aku rasa dah cam malas nak cari dah. Tunggu je lah..
So, sekarang ni aku banyak menghabiskan masa kat umah selain dari opis aku. Every weekend (selalunya) aku akan diajak oleh beberapa Miss J untuk lepak² minum ataupun aktiviti sosial – KL Style.
Miss J yang pertama. Aku kenal since 2008. Umur 30an. Anak sorang tapi tak duduk dengan dia. Kerja steady. Ada keta + umah. Masa kami selalunya akan abis kat area Ampang sebab dekat ngan umah dia. Lepak² minum² kat mamak. Tu je la.. kadang² ada la gak lepak ngan anak dia yang dah berumur 9 atau 10 tahun tu. Ada la gak aku bawak balik umah aku bila masing² terasa gatal. Sekarang ni aku dah lama tak contact dia pasal kesebukan kerja di opis dan kekurangan pitih. Aku rasa ada la kot dekat 3 bulan dah aku tak sms dia. Just tengok update dia kat FB jer.. Sorry eh Miss J, I busy la…
Miss J yang ke-2. Aku kenal since 2006. Umur lewat 20an. Lawa gila dia nih. Anak sorang. Umur, aku rasa dalam 7 atau 8 tahun (sebab aku tak pernah jumpa pun anak dia, just tengok gambar kat FB) dan tak tinggal dengan dia. Aku dengar anak dia dok ngan mak Miss J ni kat kampung. Kerja macam ok (katanya..) Duit banyak. Kami jarang lepak, tapi ada la sebulan 7 8 kali. Dengan Miss J ni kami akan menghabiskan masa dengan aktiviti sosial seperti Karaoke (sora memang best) dan lepak kat Rasa Sayang Jalan Yap Kwan Seng. Maybe pasal kedai tu berprofile tinggi. Ada la dulu kami pegi clubing antaranya Club 18 Bangsar (sekang dipanggil Avenue kot) dan The Ship kat BB. Tapi selalunya kami akan ditemani oleh Miss J ke-3 atau Miss J ke-4.
Miss J yang ke-3. Aku kenal since 2006. Umur lewat 20an gak. Tak de la lawa pun dan pendek (tapi dah kenal sebab selalu lepak ngan Miss J ke-2 dan ke-4) Keja kat area Puchong. Dulu keja kat KL ni, pastu tukar kerja. Ada keta dan tak de umah (dia dok umah sewa). Anak sorang gak dan duduk kat kampung katanya. Aktiviti kami lepak kedai mamak selain daripada mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Miss J ke-2 atau ke-4. Ada sekali je aku try bawak balik umah, tapi bila sampai umah jer aku nye niat suci tu terbantut. Tak leh blah… Sorry eh you.
Miss J yang ke-4. Aku kenal since 2005. Umur nak cecah 30. Dia ni aku suka. Muka lawa, body mantop. The best part, anak lima (5) beb. Tapi body still anggun. Stylo abis, rambut blonde. Keja kat area Bangsar. Ada keta dan duduk umah sewa. Anak² dia tinggal ngan dia. Anak pertama umur 10 tahun kot dan yang last skali umur 3 tahun. Yang last ni kembar lagi… Semua hero. So, memang meriah la kan umah yang dipenuhi dengan askar². Pandai masak dan sedap. Dia ni dulu rajin la lepak umah aku pasal dia suka makan masakan aku. Aktiviti kami kebanyakan habis di kedai mamak, karaoke (nyanyi pun sedap), umah aku, clubbing, dan baru² ni umah dia. Dalam seminggu ada la 4 5 kali kitaorang lepak sekali (baru² ni setelah lama tak lepak sekali) . Selain dari aktiviti sosial camtu, aku ni kira cam savior dia la gak. Selalunya bila dia ni terlebih minum, ataupun nak melarikan diri dari mana² mamat yang dok kacau dia style ayam jantan musim mengawan kat clubbing atau karaoke. Tapi kami tak pernah ada hubungan intimate ok (juga dengan Miss J ke-2 & ke-3). Cuma kadang² tu aku terasa la cam nak gatai tapi aku still sayangkan friendship tu. aku.rasa dia ada ati gak kat aku, just malu nak cakap. aku.rasa je la…
Yang aku dok pikir sekarang ni, kenapa la aku dikerumuni oleh golongan² yang sebegini? Mereka ni senang dengan aku dan aku senang dengan mereka. Hmm…. apa pun ketentuanNya, aku terima.
Kepada Miss J Pertama, I mintak maaf sebab dah lama tak contact. Nanti² ok.
Kepada Miss J ke-2, nasihat aku, dah la kejar orang kaya. Kesian kat anak ko. Dia perlukan bapak. Cari satu yang sempurna sikit & sudah² la berboros. Ok
Kepada Miss J ke-3, Nasihat aku, sudah² la merapu dengan persatuan warna-warni tu.. tak de pekdah pun. Tak de sapa pun nak bangga. Ok? Orang len dah lama tidur..
Kepada Miss J ke-4, ha! ko ni bila lagi nak tidur. Ari tu kemain lagi.. Kesian askar² ko kat umah tu… Ok, aku tetap sayang kat ko..
Sekian
~aku.rasa~